Skip to main content

Vitamin Shaklee Untuk Keguguran

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa.



Walaubagaimanapun, ibu yang keguguran perlu merawat diri dan menjalani tempoh berpantang sama seperti ibu selepas bersalin

Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna. 

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran

TEMPOH BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN

Mengikut petua Melayu, terdapat pelbagai pantang larang ibu keguguran dari segi pemakanan dan cara hidup harian. Berpantang ibu bersalin ditamatkan mengikut jangkamasa keguguran. 

Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang. 

Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari. 

Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

PANTANG LARANG SELEPAS KEGUGURAN


Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti mengelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung. Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.

Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin. 

Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.

Shaklee ada set keguguran:



Antara vitamin yang perlu diambil ketika mengalami keguguran:
Vitalea:(untuk tenaga dan tambah darah)
Ketika berpantang,banyak makanan yang tidak boleh dimakan.Di mana ianya akan menyebabkan si ibu kekurangan tenaga.
Tapi dalam masa yang sama badan perlukan penghasilan darah merah bagi menggantikan darah yang hilang saat keguguran dan mengelakkan wajah pucat, lesu dan tidak bermaya.
Dengan pengambilan Vitalea dapat membantu dalam penghasilan sel darah merah kerana mengandungi zat besi. Bagi yang hadapi masalah anemia ataupun kekurangan darah boleh amalkan vitamin ini.
Ianya mengandungi 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan badan saat keguguran.
B Complex:(untuk khasiat asid folik, penting untuk menyediakan badan kembali hamil, anti stress)
Membantu menstabilkan hormon dalam badan kita.
Bila kekurangan vitamin B, ianya akan menyebabkan emosi si ibu terganggu akibat keguguran.
Membantu memberi tenaga dan seimbangkan emosi agar lebih stabil.
Membantu menukar makanan menjadi tenaga.
.
Esp:(untuk protein dan memperbaiki sel)
  • membantu dalam pemulihan luka dalaman dan luaran.
  • kulit cerah, gebu dan berseri-seri.
  • memejalkan otot.
  • memberikan badan tenaga dan cergas berpanjangan.
  • membantu menurunkan berat badan.

Zinc:(cepat sembuh luka)
Ramai ibu bila berpantang sukar untuk menelan atau makan ikan haruan.Jangan risau anda boleh amalkan zinc complex agar bantu mempercepatkan luka sembuh.
Zinc merupakan galian yang penting dalam proses penyembuhan.
Bantu memperbaiki luka dalaman terutamanya bahagian rahim.
Bantu masalah kedinginan dalam hubungan suami isteri selepas tempoh keguguran.
Ostematrix: (khasiat kalsium magnesium)
  • melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran.
  • merehatkan otot dan saraf ketika sedang tidur dan cergas bila bangun tidur.
  • membantu pergerakan usus bagi menghindari sembelit.
  • memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, gigi,otot,mengelakkan kerosakan gigi dan kerapuhan tulang.


Perlukan bantuan?
Whatsapp/ Call;
Salmiah Maulan
019-6500920
Shaklee klang/ Shaklee Desa Coalfields

Comments

Popular posts from this blog

Anda rasa kurang bertenaga? 5 Vitamin Shaklee untuk Meningkatkan Tenaga.

Anda mungkin pernah merasa terlalu letih, kurang bertenaga dan mudah penat meskipun tidak melakukan yang sesuatu yang berat. Perkara ini mungkin disebabkan oleh pelbagai hal yang mungkin tidak anda sedari seperti kurang minum atau tiada pengambilan vitamin. 5 Vitamin Shaklee untuk Meningkatkan Tenaga akdn saya kongsikan di bawah ini; 1- Multivitamin untuk Tambah Tenaga (Vitalea Shaklee) Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dirumus khas unutk memenuhi keperluan mikronutrien. Insya Allah sangat membantu peningkatan kesihatan sekiranya diambil secara berterusan. Ia dilengkapi dengan zat besi untuk pembentukan lebih banyak sel darah merah, mengelakkan anemia dan meningkatkan paras HB. Selain itu, ia turut mengandungi Magnesium, Kalsium, Fosforus, Vitamin C dan Vitamin D yang menyokong kesihatan tulang. 2- B-Complex Untuk Tambah Tenaga Vitamin B-Complex Shaklee terdiri dari 8 Vitamin B penting untuk keperluan harian badan. B-Complex adal

Cara buat Roti Jala yang Sedap, Lembut dan pasti rasa NAK BUAT LAGI!!

Roti jala sedap dimakan dengan kari, kuzi malahan dengan susu pekat pun sedap. Bila terfikir nak buat sendiri, rasa macam renyah pula.  Di bawah ini resepi yang paling senang, mudah dan sedap yang biasa saya gunakan: Roti Jala Sumber:  Azie Kitchen Bahan bahan: 3 cawan tepung gandum 2 1/2 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil garam 1 biji telur 3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan) Sedikit pewarna kuning Cara-cara: Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.  Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah a