Skip to main content

Cara buat Roti Jala yang Sedap, Lembut dan pasti rasa NAK BUAT LAGI!!

Roti jala sedap dimakan dengan kari, kuzi malahan dengan susu pekat pun sedap. Bila terfikir nak buat sendiri, rasa macam renyah pula. 

Di bawah ini resepi yang paling senang, mudah dan sedap yang biasa saya gunakan:

Roti Jala
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. 


Hari sabtu ni kebetulan ada kenduri Aqiqah di rumah sepupu.
Marilah kita merajinkan diri untuk membuat roti jala resepi paling sedap pernah saya cuba.

Selamat mencuba!!!




Perlukan supplemen?
Hubungi: 
Salmiah Maulan
019-6500920
Shaklee Klang/ Shaklee Desa Coalfields

Comments

Popular posts from this blog

5 PETUA KECANTIKAN KULIT MUKA SECARA TRADISIONAL

Di sini saya kongsikan 5 petua kecantikan kulit muka secara tradisional. Rajin ke rajin? 
;-). Bahan- bahan yang disebutkan di bawah memang confirm ada kat dapur kita. Silakan baca;

Air Didih Nasi
Ambil air didih nasi…ketika sedang menggelegak, biarkan sekejap kemudian sapukan pada kulit muka. Biarkan dalam 5 minit. Kemudian bilaskan dengan air . Amalkan selalu untuk dapatkan kulit licin.




Tomato
Parut sebiji Tomato dan gosokkan pada muka dan leher secara perlahan-lahan. Tomato sangat bagus untuk hilangkan parut. Biar selama setengah jam kemudian cuci dengan air suam.




Kentang 
Kupas kentang kemudian potong nipis-nipis dan  tampalkan  pada seluruh muka dan biarkan sampai kering. Amalkan 2 kali seminggu.




Serbuk Teh
Gosokkan Serbuk teh yang telah digunakan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan 5 minit dan kemudian cuci dengan air suam.




Lemon
Gunakan perahan  jus lemon kemudian sapukan pada wajah biarkan  selama 15 minit,  kemudian bilas dengan air suam.




Susah tak nak sediakan bahan-bahan ni?? hur…

VITA-LEA IRON FORMULA.. KILLER PRODUCT!!

Merupakan Multivitamin pertama pada tahun 1915. Kini dalam formulasi zat besi.  

Perbezaan Multivitamin Vita-Lea Iron Shaklee
Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral pertama yang dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-Min" dan perkataan vitamin yang yang disebut kini, telah diguna-pakai oleh Shaklee pada awalnya. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.


Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian yang lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
Tablet Vita-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi- spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks. disebut sebagai "Explo-Tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas larut dalam …

Pengedar Shaklee (Desa Coalfields, Sungai Buloh & Kg. Jawa Klang) | SALMIAH 019-6500920

Terlebih dahulu saya mulakan dengan perkenalkan diri. Nama saya Salmiah binti Maulan merupakan Pengedar SAH Shaklee bagi kawasan Desa Coalfields, Sungai Buloh dan Kampung Jawa, Klang.Pada awalnya, saya hanya makan Shaklee untuk kesihatan diri sendiri.  Untuk rasa sama-sama sihat terhadap orang sekeliling, saya sedia membantu untuk kawasan berdekatan dengan anda
Kenapa sampai dua kawasan saya nak 'conquer' ye? Al-kisahnya apabila suami saya yang belayar tu ada kat darat, saya akan menetap di Sungai Buloh. Tapi bila suami kesayangan saya belayar di lautan, maka secara 'automatik'nya saya akan menetap kat rumah mak saya di Klang. Begitulah ceritanya.. Maka sebagai pengedar Shaklee bagi Desa Coalfields dan Kampung Jawa sedia membantu anda bagi pengambilan vitamin Shaklee mengikut keperluan. 
Kelebihan COD dengan saya, adalah saya boleh COD hingga ke depan pintu rumah anda. Selain tu, anda boleh mendapat direct consultation. Free je tau! Dan seperti anda semua tahu, Shaklee ada…