Skip to main content

Batuk berkahak? Ketahui Cara Menghilangkan Batuk Berkahak Secara Semulajadi

Dengan keadaan musim hujan, panas yang tidaak menentu sekarang ni, macam-macam penyakit yang cuba-cuba nak mendekati samada golongan bayi, dewasa atau orang tua. Demam, selsema, batuk 3 adik beradik yang setia antaranya.
Paling perit bila batuk berkahak yang kadang-kadang tu rasa nak sedut dengan penyedut hampagas untuk kelegaan

Di sini saya kongsikan serba sedikit cara-cara untuk menghilangkan batuk berkahak. 

1- Gunakan air dan halakan wap atau stim ke muka anda

   Lapiskan kain napkin yang nipis untuk pastkan stim tidak terus menghalake muka anda        atau bayi. Tepuk belakang bayi dengan perlahan bertujuan untuk melonggarkan kahak          dan lebih mudah disingkirkan melalui najis.




2- Amalkan madu

   Madu adalah makanan sunnah yang bersifat anti-oksidan yang kuat dan anti-inflamasi.        Bancuhkan sedikit madu dengan air suam dan minum setiap hari sehingga kahak anda        hilang. Ianya membantu merawat tekak anda yang sedang perit dan membunuh bakteria      yang terdapat pada kahak.



3- Berkumur dengan air garam

   Bancuhkan sesudu kecil garam masakan dengan air suam. Kumurkan dan pastikan anda    kumur juga pada tekak. Lakukan setiap hari dan Insya Allah tekak anda akan lebih baik.        Larutan garam membantu membunuh kuman penyebab batuk dan sakit tekak anda.




4- Jus nenas segar

   Buah nenas mengandungi sejenis enzim proteolitikyang dipanggil bromelain. Bromelain        membantu sistem pencernaan dan mencairkan darah. Kajian menunjukkan pengambilan      makanan mengandungi bromelain seperti nenas membantu mengurangkan kahak. Minum    2 gelas jus nenas segar sehari selama dua hingga tiga minggu.



5- Teh bunga chamomile

   Membantu melegakan tekak yang luka akibat inflamasi yang boleh menjadi punca                terjadinya kahak. Minuman ini juga boleh meredakan membran mukosa yang perit. 
   Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas. Rendamkan bunga      tersebut selama 5 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam cawan, minum perlahan-lahan    dan biarkan ia meresap ke dalam tekak anda.




6- Bawang putih

   Makan beberapa ulas bawang putih mentah terbukti membantu merawat kahak pada            tekak. Kandungan sulfur di dalam bawang putih membantu melonggarkan kahak yang          pekat. Sifat semulajadinya membantu mengeluarkan kahak yang berlebihan dari dalam        tekak. Mereka yang mengalami kahak yang banyak boleh kunyah 2-3 ruas bawang putih      mentah.




7- Minum air kosong yang banyak

   Pastikan pengambilan 6 hingga 8 gelas sehari membantu mengurangkan pembentukan        kahak. Air juga membantu menyingkirkan kahak yang berlebihan terkumpul di belakang        tekak. Sebaiknya, minum 2 liter air suam untuk bersihkan kahak.




Semoga ia memberi manfaat buat kita semua.


-Salmiah Maulan-

Comments

Popular posts from this blog

Anda rasa kurang bertenaga? 5 Vitamin Shaklee untuk Meningkatkan Tenaga.

Anda mungkin pernah merasa terlalu letih, kurang bertenaga dan mudah penat meskipun tidak melakukan yang sesuatu yang berat. Perkara ini mungkin disebabkan oleh pelbagai hal yang mungkin tidak anda sedari seperti kurang minum atau tiada pengambilan vitamin. 5 Vitamin Shaklee untuk Meningkatkan Tenaga akdn saya kongsikan di bawah ini; 1- Multivitamin untuk Tambah Tenaga (Vitalea Shaklee) Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dirumus khas unutk memenuhi keperluan mikronutrien. Insya Allah sangat membantu peningkatan kesihatan sekiranya diambil secara berterusan. Ia dilengkapi dengan zat besi untuk pembentukan lebih banyak sel darah merah, mengelakkan anemia dan meningkatkan paras HB. Selain itu, ia turut mengandungi Magnesium, Kalsium, Fosforus, Vitamin C dan Vitamin D yang menyokong kesihatan tulang. 2- B-Complex Untuk Tambah Tenaga Vitamin B-Complex Shaklee terdiri dari 8 Vitamin B penting untuk keperluan harian badan. B-Complex adal

Vitamin Shaklee Untuk Keguguran

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Walaubagaimanapun, ibu yang keguguran perlu merawat diri dan menjalani tempoh berpantang sama seperti ibu selepas bersalin Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.  Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak diber

Cara buat Roti Jala yang Sedap, Lembut dan pasti rasa NAK BUAT LAGI!!

Roti jala sedap dimakan dengan kari, kuzi malahan dengan susu pekat pun sedap. Bila terfikir nak buat sendiri, rasa macam renyah pula.  Di bawah ini resepi yang paling senang, mudah dan sedap yang biasa saya gunakan: Roti Jala Sumber:  Azie Kitchen Bahan bahan: 3 cawan tepung gandum 2 1/2 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil garam 1 biji telur 3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan) Sedikit pewarna kuning Cara-cara: Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.  Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah a